Apakah itu biomas? Tenaga biomas atau biojisim merujuk kepada bahan
api berasakan tumbunan atau haiwan.Tenaga biomas dihasilkan apabila
tumbuhan atau sisa haiwan terpilih setelah melalui proses tertentu
sehingga menghasilkan gas metana dan etanol ( akibat tindak balas
mikroganisma) namun begitu gas metana walaupun merupakan antara bahan
api paling baik ia turut mencemarkan alam sekitar.Kelebihannya ialah
semua lebihan atau sisa pertanian dan haiwan dapat digunakan sebagai
tenaga biomas( tenaga boleh diperbaharui).Malahan tumbuhan seperti
jagung dan soya turut berpotensi menjana tenaga biomass.Amerika Syarikat
membangun tenaga ini melalui penyelidikan yang berterusan terhadap
jagung dan kacang soya.Daripada penyelidikan tenaga biomas ini maka
terhasillah biofuel ( iaitu gas etanol,metanol,biodesel dan metana)
Malaysia sebenarnya sangat berpotensi untuk memajukan tenaga
biomas dan biofule.kita mempunyai banyak sisa tumbuhan terutamanya
kelapa sawit.Sejak dulu lagi rakyat Malaysia sudah terdedah kepada
tenaga biomas.Sewaktu saya kecil dahulu orang tua saya menggunakan arang
pada seterika untuk mengosok baju.Kayu bakau untuk mengahislkan arang
sebenarnya merupakan tenaga biomas.Gentian kelapa sawit hasil
penyelidikan merupakn sumber tenag biomas yang berguna untuk
negara.Mengambil contoh India menggunakan najis lembu sebagai sumber
bahan api untuk memasak.Oleh kerana lembu banyak di India( dianggap
haiwan suci dan tidak digunakan untuk makanan) najisnya dibangunkan
sebagai sumber tenaga alternatif.Najis lembu disimpan di dalam tangki di
bawah tanah sehingga menghasilkan gas metana dan digunakan semula
sebagi bahan api untuk memasak.Malahan tenaga elektrik turut dapat
dijana di India apabila sisa tumbuhan turut digunakan oleh mereka.
Di Malaysia tenaga biomas boleh
dijana daripada sekam padi,sisa tebu,tandan kosong kelapa sawit atau pun
reja kayu.Semoga penyelidikan yang berterusan akan dapat membangun
tenaga ini seterusnya dapat menyumbang kepada sumber tenaga elektrik
negara.
No comments:
Post a Comment