Friday 27 April 2012

KOLOKIUM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING
TAJUK : FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PARA PELAJAR TINGKATAN 6 MENUKAR ALIRAN DARI ALIRAN SAINS KE ALIRAN KEMANUSIAAN.
OLEH : 1) IKMAL FIKRI BIN YAHYA
2) IZZATUL NADHIRAH BINTI AZIZAN
3) HAZAMI BINTI HJ. IBRAHIM
4) NESHALENEE A/P KARTHIGESU
5)MOHD FITRI BIN RATHUAN
GURU PENYELIA : ENCIK ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH
PENGHARGAAN
     Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana telah mengurniakan kami kesihatan yang baik sepanjang menyiapkan tugasan kolokium sessi 2012 kali ini .
    Di samping itu juga kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua Kanan Smk Kamunting iaitu Tn Hj Harithuddin b. Satari kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian di luar waktu persekolahan .
   Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penyelia kami iaitu Encik Abdul Rahim b. Abdullah yang sentiasa membantu ,memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta nasihat dalam menyempurnakan kajian ini .
   Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang banyak membantu ,tidak kira dari segi sokongan moral mahupun sumber kewangan yang diberikan .Tambahan lagi sentiasa memberi tindak balas dalam setiap perkara yang kami lakukan .
    Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada rakan -rakan yang sudi menjadi pihak respoden kami dalam menyempurkan kajian metadologi ini .Selain itu kami berterima kasih kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak tentang maklumat kajian kami.
   
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN

Senario masyarakat pada masa kini yang lebih suka anak-anak mereka masuk ke universiti atau kolej berbanding ke Tingkatan Enam sememangnya realiti. Selain itu, segolongan besar dalam kalangan masyarakat kita beranggapan kelas Tingkatan Enam hanya membuang masa dan berisiko. Justeru, secara langsung menjadikan Tingkatan Enam merupakan tempat atau pilihan terakhir untuk pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka. Pelajar-pelajar terutamanya pelajar Melayu didapati terkejar-kejar untuk mengikuti program matrikulasi dan universiti berbanding Tingkatan Enam. Selain itu kebanyakan pelajar cepat “tergoda” dengan label “kolej” dan “universiti” dan gelaran seorang mahasiswa berbanding gelaran pelajar.
Namun demikian secara rasionalnya tanggapan dari segelintir besar masyarakat ini adalah salah. Hal ini kerana lulusan Tingkatan Enam merupakan salah satu tiket utama untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Kenyataan ini disokong melalui pengumuman Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menambah tempat bagi lulusan STPM iaitu 32752 kepada 36500 tempat bagi lepasan STPM sesi akademik. Sebenarnya Tingkatan Enam telah wujud sebelum program matrikulasi,justeru ia mempunyai kekuatannya sendiri sejak dahulu lagi, malah STPM memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi akademik,kokurikulum dan cemerlang dari segi kepimpinan. Tegasnya nama bukanlah perkara penting dalam memberi pendidikan kepada generasi muda tetapi peluang untuk menambah ilmu itu lebih utama.
Secara keseluruhannya Tingkatan Enam sejak dahulu sehingga sekarang masih relevan sebagai tempat pengajian kerana menyediakan banyak ruang dan peluang untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem pendidikan di negara ini. Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai cabaran yang terpaksa di hadapi oleh pelajar lepasan SPM yang melangkah masuk ke Tingkatan Enam. Namun di sebalik cabaran itu terdapat peluang yang perlu diraih oleh para pelajar Tingkatan Enam dalam sistem pendidikan.Tingkatan Enam sebenarnya katalisator dalam usaha ke IPTA serta penting dan mesti dijadikan saluran perdana ke IPTA serta mendapat jaminan yang telah ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Namun, ada juga yang tidak enak didengar mengenai pelajar-pelajar Tingkatan Enam contohnya bertukar bidang. Kes ini lazimnya melibatkan para pelajar aliran sains. Mereka ditawarkan ke aliran sains memandangkan keputusan mereka yang agak baik serta layak untuk ditawarkan ke aliran sains. Walau bagaimanapun sejarah lampau barangkali banyak menghantui mereka. Bukan mudah berada di Tingkatan Enam aliran sains. Jika diimbas kembali pengwujudan pusat matrikulasi serta asasi sains, fenomena ini ada asasnya. Justeru, ramai daripada kalangan mereka akan bertukar ke bidang kemanusiaan.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar Tingkatan Enam gemar menukar aliran apabila masuk ke Tingkatan Enam. Terdapat beberapa faktor yang di kenalpasti iaitu, faktor persekitaran, faktor pengalaman lalu, faktor minat dan lain-lain lagi. Oleh itu, melalui kajian ini kami dapat mengenalpasti faktor utama yang mendorong pelajar Tinkatan Enam menukar aliran sains kepada aliran kemanusiaan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia
1.1 DEFINISI KONSEP

Secara khususnya konsep “Tingkatan Enam” dinamakan program prauniversiti STPM yang ditubuhkan dalam sistem Sekolah Menengah Kebangsaan. Pemilihan untuk penawaran bagi Tingkatan Enam adalah berdasarkan kebolehan sesebuah sekolah iaitu hanya sekolah yang berkebolehan sahaja yang dipilih untuk menawarkan Tingkatan Enam. Dari segi tempoh, Tingkatan Enam dijalankan selama setahun setengah yang meliputi 2 peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Status Tingkatan Enam adalah berbeza berbanding pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari aspek pemakaian uniform yang berbeza dengan pelajar lain. Selain itu, perbezaan juga dapat dilihat dari segi pemberian jawatan yang tinggi sama ada dalam bidang organisasi atau aktiviti kokurikulum kepada pelajar tingkatan .
Mata pelajaran yang boleh diambil bagi pelajar Tingkatan Enam adalah maksimun 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi aliran Sains seperti Matematik S, Matematik T, Matematik T Lanjutan, Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi ditawarkan dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan tersebut ditawarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya kecuali Pengajian Am dan bagi aliran Sains Kemanusiaan seperti Pengajian Am,Ekonomi,Pegurusan Perniagaan dan yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam Bahasa Melayu atau bahasa masing-masing bagi mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang mata pelajaran dibenarkan. Namun demikian mata pelajaran Pengajian Am adalah wajib untuk pelajar yang memohon universiti tempatan dan kebiasaaanya kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan aliran Sains atau Kemanusiaan.
Seterusnya, definisi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau dalam Bahasa Inggeris Higher School Certificate merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM ini disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English English Test (MUET). STPM juga merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan STPM turut diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanvel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland yang menganggap keputusan STPM sama dengan A-level. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Persekolahan_Malaysia
                       
1.2 MATLAMAT KAJIAN

Penyelidikan ini bermatlamat untuk mengenal pasti mengapakah pelajar yang dahulunya kekal di dalam aliran sains tetapi mula menukar ke aliran kemanusiaan apabila memasuki Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamuntuing. Dahulunya pelajar-pelajar ini merupakan pelajar aliran sains sewaktu di Tingkatan Empat dan Lima, namun apabila ditawarkan ke Tingkatan Enam mereka lebih cenderung untuk memilih aliran kemanusiaan sebagai tiket untuk mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Melalui kajian yang kami jalankan, kami dapat mengetahui beberapa faktor yang mengakibatkan pelajar-pelajar Tingakatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting tidak mengambil aliran sains seperti yang telah diambil di Tingkatan Empat dan Lima.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:
  •                    Mengenal pasti tahap pendidikan Tingakatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting

  •                 Mengenal pasti bilangan pelajar Tingkatan Enam yang berdaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting           

  •                   Mengenal pasti bilangan pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting  yang dahulunya mengambil aliran sains sewaktu di tingkatan empat dan lima.

  •               Mengenal pasti bilangan pelajar Tingkatan Enam yang melakukan pertukaran aliran sains ke aliran kemanusiaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.

  •                Mengenal pasti faktor yang yang mendorong pelajar terbabit membuat pertukaran aliran sanis ke aliran kemanusiaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.

1.4 PERSOALAN KAJIAN
    Sejajar dengan arus ekonomi Malaysia yang sedang membangun, setiap elemen yang berkaitan dengan daya penggerak industri hari ini perlu diambil kira terutama dari aspek kualiti dan komitmen tenaga kerja. Malaysia memerlukan gabungan tenaga sumber manusia yang mempunyai komitmen tinggi, produktif, progresif, berdaya saing, cekap dan cergas dalam meneruskan aktiviti bagi mencapai matlamat untuk mencapai Wawasan 2020. 

Oleh sebab itu, kerajaan ingin merealisasikan matlamat “Dasar 60:40 iaitu 60 peratus pelajar aliran Sains dan 40 peratus Sastera pada peringkat sekolah dan IPT”. Hal ini bermaksud, kerajaan memerlukan lebih ramai pelajar di dalam aliran sains. Ini mengakibatkan para pelajar turut menerima kesan. Seperti yang kita sedia maklum, bukan mudah berada di Tingkatan Enam dalam aliran aliran sains. 

Oleh sebab itu, para pelajar cenderung menukar aliran sains kepada aliran kemanusiaan yang pada tanggapan mereka aliran ini lebih mudah berbanding aliran sains. Isu pelajar menukar aliran sains kepada aliran kemanusiaan kini sudah tidak asing. Malahan, isu ini menjadi isu globalisasi yang mendorong pihak kerajaan memberi cadangan akan memberi elaun kepada pelajar yang belajar di dalam aliran sains. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti beberapa persoalan dan kemusykilan. Antara persoalan yang dititikberatkan di dalam kajian ini ialah: 
  
  •        I.            Mengapakah pelajar Tingkatan Enam diberi kelonggaran untuk memilih aliran mereka?
  •     II.            Mengapakah ramai pelajar hilang minat terhadap aliran sains?
  •  III.            Apakah yang mendorong mereka melakukan penukaran aliran?
  •  IV.            Mengapakah aliran kemanusiaan menjadi pilihan mereka?

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
                 Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan  yang menyebabkan para pelajar sering menukar aliran. Panduan ini boleh digunakan untuk menentukan minat para pelajar ke atas sesuatu aliran yang ditawarkan. Oleh yang demikian, pihak sekolah dapat merancang lebih awal tentang pemilihan aliran bagi mudah untuk membahagikan kelas.
      Kajian ini juga amat penting kepada guru-guru hal ini kerana untuk memudahkan mereka untuk mengajar  para pelajar yang berminat untuk mengambil aliran yang telah ditetapkan. Kajian ini juga boleh diguna kan sebagai panduan oleh pihak kementerian pendidikan untuk menentukan pakej-pakej penkhususan bidang atau mata-mata pelajaran tertentu mengikut aliran.
1.5 BATASAN KAJIAN
      Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Lokasi tersebut dipilih memandangkan SMKK mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain itu,pemilihan SMKK sebagai lokasi juga memudahkan para pengkaji dari segi kos dan logistik. Kajian ini terbatas kepada aspek yang dikaji dan berpandukan soal selidik yang disediakan. Ia juga terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih sahaja. Namun, para pengkaji tidak dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan sampel-sampel dalam member respons kepada pernyataan-pernyataan yang dikemukakan di dalam soal selidik yang digunakan.  
Rumusan
Bab 1 ini telah menjelaskan secara menyeluruh latar belakang penyelidikan. Sementara kaedah penyelidikan di bab 3. Di bab 4 pula dibentangkan hasil analisis data dan bab 5 berikutnya dikemukakan rumusan terhadap keseluruhan penyelidikan. Cadangan cadangan untuk memperbaiki mutu penyelidikan turut dikemukakan dalam bab tersebut.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 METODOLOGI  KAJIAN
Pengenalan  
     Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada pertukaran aliran sains kepada aliran kemanusiaan dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Bab ini mengemukakan metodologi kajian yang meliputi reka bentuk kajian, skop dan had kajian, alat kajian, subjek kajian, prosedur/tatacara kajian  dan analisis data
3.1)Rekabentuk Kajian   
    Kajian berbentuk tinjauan telah dilaksanakan dalam kajian ini di mana pengkaji menggunakan
satu set soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat utama bagi mengumpul
maklumat berkaitan faktor-faktor  yang menyebabkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam membuat   penukaran aliran sains ke aliran kemanusiaan. Oleh kerana populasi kajian adalah seramai 41 orang pelajar tingkatan 6 yang menyertai kajian ini,maka pengkaji telah memilih kesemua responden dalam kajian ini. Kesemua responden kajian telah dikenalpasti mempunyai pencapaian akademik iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke bawah.
3.2) Skop dan Had Kajian
      Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Lokasi tersebut dipilih memandangkan SMKK mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain itu,pemilihan SMKK sebagai lokasi juga memudahkan para pengkaji dari segi kos dan logistik. Kajian ini terbatas kepada aspek yang dikaji dan berpandukan soal selidik yang disediakan. Ia juga terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih sahaja. Namun, para pengkaji tidak dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan sampel-sampel dalam member respons kepada pernyataan-pernyataan yang dikemukakan di dalam soal selidik yang digunakan.  
3.3) Alat Kajian
     Alat kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah soal selidik. Alat ini dibina sendiri oleh para pengkaji berdasarkan contoh-contoh soal selidik yang pernah digunakan.  Pengubahsuaian terhadap contoh-contoh soal selidik dibuat agar menepati objektif  kajian yang dilakukan.
Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian 1: Maklumat diri pelajar dan Bahagian 2: Faktor yang mendorong pelajar terbabit menukar aliran sains ke aliran kemanusiaan. Keseluruhan Bahagian 2 mengandungi 7 soalan.
3.4) Subjek Kajian
   
       Seramai 40 orang pelajar tingkatan 6 dijadikan sampel kajian telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Daripada jumlah ini, seramai 14 orang (34.15%) pelajar lelaki manakala seramai 27 orang (65.85%) pelajar perempuan. Julat umur pelajar yang terlibat pula adalah antara 19 hingga 21 tahun. Responden terdiri daripada etnik Melayu dan Cina,. Pelajar yang beragama Islam adalah seramai 40 orang (97.56%), dan 1 orang (2.44%) beragama Buddha.             
3.5) Prosedur Kajian
Satu kaedah pengumpulan data telah digunakan untuk kajian ini iaitu:
(a)        soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai alat untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperolehi akan dianalisis.
Kesimpulan
     Bab ini telah menjelaskan tentang keseluruhan kaedah kajian. Lima perkara yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan telah dibentangkan iaitu reka bentuk kajian, skop dan had kajian, alat kajian, subjek kajian dan prosedur kajian.
    
BAB 4
DEMOGRAFI
4.0 DEMOGRAFI
       4.1 Pengenalan     
      Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan responden terhadap kajian mengenai Faktor Pelajar Menukar Aliran Semasa di Tingkatan 6.  Maklum balas responden melalui soal selidik dikumpul dan dianalisis.  Secara amnya, hasil analisis dibentang dalam dua bahagian iaitu dapatan mengenai latar belakang dan faktor terbesar yang menjadi pendorong pelajar menukar aliran sains ke aliran kemanusiaan.
4.2 Latar Belakang Responden
      Responden penyelidikan ini terdiri daripada 41 orang pelajar Tingkatan 6
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Dapatan-dapatan
tentang latar belakang responden menunjukkan 34.12% responden adalah pelajar lelaki dan
65.85% adalah pelajar perempuan. Kesemuanya (100%) terdiri daripada pelajar aliran
kemanusiaan, berbagai bangsa yang sedang menduduki STPM.
KEPUTUSAN KAJIAN
4.3 Analisis Statistik
      Analisis statistik dibuat untuk menentukan tahap faktor. Analisis adalah berdasarkan respons yang diberi.  Mengikut faktor yang telah diberi iaitu ibu bapa serta pengalaman lalu dan minat. Analisis statistik ditunjukkan :
Faktor Desakan Ibu Bapa
Jantina
Ya
Tidak
Lelaki
3
11
Perempuan
4
23
Jumlah
7
34
Faktor Pengalaman Lalu
Jantina
Ya
Tidak
Lelaki
2
12
Perempuan
6
21
Jumlah
8
33
Faktor Minat Pelajar itu Sendiri
Jantina
Ya
Tidak
Lelaki
14
0
Perempuan
26
1
Jumlah
40
1
4.4 RUMUSAN
 Bab 4 ini telah mengemukakan dapatan-dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan responden. Semua dapatan yang dikumpul secara kuantitatif yang berkaitan dengan persoalan penyelidikan telah dikemukakan. Rumusan keseluruhan penyelidikan ini akan dibincangkan selanjutnya dalam bab 5 berikut.
BAB 5
PERBINCAGAN DAN CADANGAN
5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 PENDAHULUAN
            Bab ini akan membincangkan ,merumus keseluruhan data dan juga maklumat  yang telah dianalisis dan dikaji di dalam bab 4 .Beberapa rumusan dan kesimpulan turut dikemukan. Tambahan lagi dalam kajian ini turut dibentangkan ialah implikasi hasil penyelidikan serta cadangan untuk meningkatkan mutu penyedilikan pada masa depan .
5.2 PERBINCANGAN HASIL PENYELIDIKAN
                      Analisis dapatan  penyelidikan bertujuan untuk mengenalpasti  faktor yang mendorong para  pelajar Sekolah Menengah Kamunting membuat penukaran daripada aliran sains kepada aliran kemanusiaan . Graf telah digunakan untuk menetukan faktor yang mendorong para pelajar menukar aliran .Berdasarkan analisis yang dibuat  ,dapatlah dirumuskan bahawa para pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting lebih meminati aliran kemanusiaan berbanding aliran sains.Ini jelas dibuktikan melalui jumlah pelajar perempuan dan lelaki  yang tinggi berbanding faktor –faktor  yang lain.

 Berdasarkan rumusan -rumusan tersebut ,secara amnya didapati bahawa kajian yang dilakukan ini telah berupaya memberi gambaran tentang faktor-faktor yang mendorong para pelajar menukar aliran. Oleh yang demikian , para pengkaji berpendapat bahawa penyelidikan ini telah berhasil memenuhi tujuan penyelidikan yang dijalankan.
5.3 IMPLIKASI PENYELIDIKAN
               Secara amnya ,apa yang dibentangkan dalam penyelidikan ini mempunyai kesan terhadap penyelidikan terhadap faktor yang mendorong para pelajar tingkatan 6 menukar aliran sains kepada aliran kemanusiaan .Oleh itu para pelajar tingkatan 6 haruslah didorong dan digalakkan untuk menyertai bengkel atau seminar untuk mendapatkan pendedahan awal mengenai aliran yang perlu dipilih untuk memasuki tingkatan 6 berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka.
5.4 CADANGAN PENYELIDIKAN LANJUTAN
             Kajian  ini mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan dan batasan yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan lagi .Untuk tujuan tersebut ,beberapa cadangan telah dikemukan untuk membantu meningkatkan mutu serta keunggulan penyelidikan yang akan datang .Berikut merupakan cadangan-cadangan tersebut :
i.          Bilangan responden  ditambah dan skop penyelidikan diperluaskan supaya dapatan
penyelidikan mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta signifikannya .
ii           Penyelidikan ini juga sepatutnya dijalankan ke atas para pelajar tingkatan 6 di sekolah lain yang mempunyai aliran yang berbeza seperti aliran sains mahupun aliran agama (STAM) agar gambaran yang lebih menyeluruh dapat diperolehi .
iii         Selain itu juga analisa statistik yang lebih teperinci dengan menggunakan perisian khusus
seperti perisian Statistical Package For The Science Sosial atau lebih dikenali sebagai SSPS haruslah digunakan agar kewibawaan dapatan penyelidikan dapat ditingkatkan lagi.
5.5 RUMUSAN
Pemilihan aliran yang betul sewaktu di tingkatan 6 penting untuk memastikan masa hadapan para pelajar terjamin sekaligus dapat melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar -pelajar yang melanjutkan pelajarannya di peringkat antarabangsa . Dalam perkembangan berkaitan ,para pelajar haruslah menentukan masa hadapan mereka supaya mereka masa depan mereka terjamin disamping memperolehi matlamat yang jelasdengan memilih aliran  yang sesuai untuk mereka. Pemilihan aliran yang sesuai untuk mereka amat penting untuk  menjadi penentu keberkesanan untuk memilih kerjaya selepas menamatkan pengajiannya di peringkat STPM. Walaupun tidak menyeluruh ,hasil daripada penyelidikan ini sekurang -kurangnya dapat mmemberi gambaran awal untuk memberi pendedahan awal terhadap aliran-aliran yang sesuai untuk mereka. Hasil analisa dapatan penyelidikan ini juga boleh digunakan  oleh pihak -pihak tertentu untuk membuat perancangan yang lebih komprehensif agar penyelidikan dapat dipertingkatkan dengan  jayanya .
BAB 6
BIBILIOGRAFI
Bibiliografi
LAMPIRAN
         Borang Soal Selidik Mengenai Sebab-Sebab Pelajar Menukar Aliran semasa di Ting.6
Bahagian 1:- MAKLUMAT DEMOGRAFI
 
Sila respon kepada semua item dengan menanda pada kurungan yang berkaitan.
1.Umur :-
2.Jantina: Lelaki (     )     Perempuan(    )
3.Bangsa:Melayu(    )  India(    )  Cina(    )   Lain-lain(    )
4.Tempat tinggal:Bandar(    )  Luar Bandar(    )
5.Adakah anda sedang menuntut di Tingkatan 6?  Ya(    )    Tidak(     )
Bahagian 2:- SEBAB-SEBAB PELAJAR MENUKAR ALIRAN TING.6
Selepas membaca semua pernyataan,sila tandakan jawapan pada ruangan yang sediakn.
1.Adakah anda memilih untuk memasuki aliran sains sejak dari tingkatan 4?
YA(   ) TIDAK(   )
2.Adakah anda mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang kurang memuaskan?
YA(   )   TIDAK(   )
3.Adakah anda tidak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS dan sebagainya?
YA(   ) TIDAK(   )
4.Adakah anda berpendapat aliran kemanusian lebih mudah daripada aliran sains untuk dipelajari?
YA(   )   TIDAK(   )
5.Adakah anda lebih berminat untuk mempelajari mata pelajaran aliran kemanusian daripada aliran sains?
YA(   )   TIDAK(   )
6.Adakah ibubapa anda menyuruh anda mengambil aliran kemanusian di tingkatan 6?
YA(   )  TIDAK(   )
7.Adakah anda memilih aliran kemanusian kerana tidak mempunyai pilihan yang lain?
YA(   )   TIDAK(   )

No comments:

Post a Comment