Diabetes bersandar insulin
Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin
(IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. Pengidap
diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka
menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya
mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat.
Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan
seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber
bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang
menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan
molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan
gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan
pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak
dirawat. Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi
badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel
yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos
kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak
dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau
menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap
diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang
berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi
sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.
Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini
mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan
masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia
mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan
rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu
sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal,
pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun
peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin
sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit
diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat
mendapatkan rawatan di hospital.
Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan
kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum
tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka
untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar
pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan
doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos
insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah
boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit
diabetes.
Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik,
keadaan sebalinnya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai
hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi
dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.
No comments:
Post a Comment