Saturday, 16 June 2012

DASAR LUAR MALAYSIA

Dasar Luar Malaysia



KKonsep Dasar Luar
1. Dasar luar ialah polisi yang digunakan oleh sesebuah negara apabila berinteraksi denga negara lain di dunia.
2. Dasar luar Malaysia biasanya ditentukan oleh Perdana Menteri dengan bantuan Jemaah Menteri Kementerian Luar Negeri yang dipertanggungjawabkan mengurus hubungan luar negeri. Peranan itu dilaksanakan oleh Wisma Putra

Faktor-Faktor Mempengaruhi Pembentukan Dasar Luar
1. Kepentingan nasional
2. Faktor geografi yang strategik
3. Faktor sejarah dan budaya
4. Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
5. Faktor kepimpinan
6. Dasar berkecuali
7. Agama Islam / Keanggotaan OIC

Masalah-masalah Dalam Hubungan Luar
1. Campur tangan luar
2. Pendekatan berbeza
3. Pendatang asing negara jiran
4. Tiada penyelarasan
5. Tuntutan bertindih
6. Perbezaan kemajuan
7. Tindakan unilateral
8. Ketegangan politik

Tahap-tahap Dasar Luar Malaysia
Tahap 1 : Pimpinan Tunku Abdul Rahman (1957-69)
Tahap 2 : Pimpinan Tun Abdul Razak
Tahap 3 : Pimpinan Tun Hussein Onn
Tahap 4 : Pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
Tahap 5 : Pimpinan Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi (2003 - 2009)
Tahap 6 : Pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak (2009 hingga kini)

Pendirian Malaysia dalam Beberapa Isu Antarabangsa (1957-kini)
1. Keganasan Antarabangsa
2. Masalah Myanmar
3. Masalah Kemboja

Isu-Isu Antarabangsa
1. Isu Alam Sekitar
2. Isu Antartika
3. Isu Aparteid
4. Isu Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)


Hubungan Antarabangsa Malaysia
1. Hubungan Malaysia dengan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam Sedunia (OIC)
2. Hubungan Serantau Asia Tenggara

Bentuk Kerjasama Dalam ASEAN
1. Kerjasama Politik
2. Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPAN)(1971)
3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) (1987)
4. Forum Serantau ASEAN (ARF) (1994)
5. Kerjasama dalam Ekonomi

Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Hubungan Malaysia - Komanwel

Malaysia dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Isu-isu Ekonomi Antarabangsa
1. Isu-isu Ekonomi Negara Selatan-Selatan
2. Dialog Utara-Selatan
3. Kumpulan 15 (G15)
4. Dialog Selatan-Selatan
5. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
6. Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
7. APEC (Asia Pacific Economic Caucus)

MATLAMAT ASEAN
2.1  Mempercepat pertumbuhan ekonomi kalangan Negara anggota.
2.2  Menggalak kerjasama sosial, kebudayaan, sains dan teknologi, Serta pentadbiran.
2.3  Mengekalkan keamanan dan kestabilan kalangan serantau,
2.4  Menggalakan pertumbuhan perindustrian, dan perdagangan.
2.5  Mengekalkan dasar berkecuali melalui ZOPFAN
3.    BENTUK KERJASAMA ASEAN
3.1  KERJASAMA EKONOMI
         Kerjasama ekonomi Projek Perindustrian ASEAN
-          Projek Baja ASEAN di Indonesia.
-          Projek Perlombongan Potasium di Thailand.
-          Projek Fabrikasi Tembaga di Filipina
-          Projek Pendidikan dan Urea di Bintulu, Malaysia.
-          Projek Hepatitis B dan Enjin Diesel di Singapura.
         Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
-          Untuk menghapuskan sekatan perdagangan dua hala.
-          Menggalakkan kerjasama perdagangan.
-          Meluaskan dan meningkatkan pasaran Negara serantau
         Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)/ Pasaran Tunggal ASEAN
-          Mengujudkan pasaran tunggal Negara anggota.
-          Menarik minat pelabur luar ASEAN
-          Mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang kemiskinan,
-          Meningkatkan taraf hidup Negara serantau
-          Bersatu menghadapi cabaran ekonomi antarabangsa
         Pertubuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia.
-          Konsep Segitiga Pertumbuhan Ekonomi.
-          Melibatkan tiga Negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia bagi pertumbuhan ekonomi serantau di bahagian utara.
-          Bahagian selatan melibatkan Negara Malaysia, Singapura dan Indonesia.
         Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA)
-          Bertujuan untuk mengadakan kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan Negara Asia lain

         Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
-     Perjanjian perdagangan ASEAN dengan Australia dan New Zealand.
3.2 KERJASAMA POLITIK
         Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
-          Konsep diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur (1971)
-          Matlamatnya ialah
-                      Pertikaian Negara anggota diselesaikan tanpa kekerasan (melalui perundingan)
-                      Pertikaian tidak perlu melibatkan kuasa besar dunia.
-                      Menjamin dan mengekalkan keamanan dan kestabilan politik kawasan serantau
         Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ 1987)
-          Kawasan bebas dan selamat ancaman senjata nuclear.
3.3  KERJASAMA SOSIAL DAN KEBUDAYAAN.
         Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia (MABBIM)
-          Untuk mengembangkan bahasa Melayu setaraf bahasa dunia lain.
-          Mengembangkan peranan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan.
-          Meningkatkan persaudaran Negara serumpun.
         Tabung Kebudayaan ASEAN
-          Menganjur dan mengembangkan festival kebudayaan seperti Psta Filem ASEAN, Pesta Lagu ASEAN, bengkel lukisan dan Muzik.
-          Matlamat utamanya ialah untuk mengeratkan hubungan budaya Negara anggota.
         Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
-          Mewujudkan kerjasama pendidikan dan ilmu pengetahuan Negara serantau.
-          Kerjasama pendidikan melalui;
-                      Pembaharuan dan Teknologi (INNOTECH) di Filipina
-                      Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC) di Singapura
-                      Pusat Pendidikan Serantau Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang (Malaysia)
         Perjanjian Perkongsian Maklumat.
-          Perkongsian maklumat mengenai keselamatan (keganasan dan jenayah)
-          Kerjasama isu sempadan
         Kejohanan Sukan Dwi-Tahunan (Sukan SEA)
         Pertukaran Rancangan TV dan Radio


A.    MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – KOMANWEL

PENGENALAN
1.      Ditubuhkan pada 1931 dengan pimpinan Queen Elizabeth (Ratu England) yang berpusat di Malborough House, London.
2.      Komanwel dianggotai oleh Negara-negara bekas jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan.
3.      Keanggotaan kini ialah 49 negara anggota.
 OBJEKTIF
1.      Menjaga kebajikan Negara anggota
2.      Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara anggota
3.      Kerjasama politik, sukan, kebudayaan dan sosial Negara anggota
4.      Meningkatkan pembangunan dan ekonomi.
MALAYSIA & KOMANWEL
1.      Rancangan Colombo (1950) – bantuan kewangan, teknikal, biasiswa kepada pelajar Malaysia.
2.      Tabung Ekuiti Komanwel – membantu Negara dalam modal perindustrian
3.      Dasar Aparteid (1960an) – bersama Negara anggota Malaysia menentang dasar tersebut.
4.      Misi Pemerhati Komanwel dalam pilihanraya di Fiji, Nigeria dsb
5.      Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGAM)
-          Tuan rumah 1989
-          Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar
6.      Sukan Negara-negara Komanwel (SUKOM) – tuan rumah pada 1998  

  MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – PERTUBUHAN PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
PENDAHULUAN
1.      Ditubuhkan pada 1969 di Rabat, Morocco dengan keanggotaan ahli sebanyak 57 buah Negara.
2.      Pejabat tetap Sekretariat di Jeddah (Arab Saudi)
3.      Malaysia adalah Negara pengasas OIC
OBJEKTIF
1.      Mengujudkan kerjasama, perpaduan kalangan anggota dalam bidang ekonomi, sains, social dan kebudayaan,
2.      Negara Islam yang aman dengan mencari kata sepakat tentang masalah dalaman secara perundingan
3.      Penyelesaian masalah Negara yang terlibat – Perang Iraq dan perjuangan rakyat Palestin
MALAYSIA & OIC
1.      POLITIK
-          Terlibat dalam konflik di Palestin, Bosnia, Kosovo, Somalia dsb
2.      PENDIDIKAN
-          Penubuhan UIAM di Malaysia
-          Kongres Islam Sedunia di Colombo 1982
-          Penerapan Syariah Islam – Islamadab 1979
3.      KEBAJIKAN
-          Membantu Negara Islam di Afrika – Chad
-          Bantuan kesihatan dan perubatan – pelarian Lubnan, Afghanistan
4.      KEBUDAYAAN
-          Pusat penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) di Istambul
-          Sukan Negara-negara Islam di Izmir
-          Pertubuhan Kebudayaan. Sains, dan Pendidikan (ISESCO) di Rabat
5.      EKONOMI
-          Pemberian biasiswa pelajar Islam di UIAM
-          Kerjasama kewangan kepada Negara Islam yang miskin
-          Eksport Negara Islam

C.    MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU – PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
PENDAHULUAN
1.      Ditubuhkan pada 1961 di Belgrede , Yugoslavia ketika kemuncak perang dingin di Eropah
2.      Malaysia menyertai NAM pada 1969
3.      Negara NAM di anggotai sebanyak 114 buah Negara dengan 3 kali sidang kemuncak
OBJEKTIF
1.      Menghormati hak asasi manusia selaras prinsip PBB
2.      Blog berkecuali antara blog Barat atau Timur
3.      Akui kedaulatan, persamaan hak, dan hormati bangsa serta agama
4.      Penyelesaian pertikaian secara rundingan dan aman
MALAYSIA & NAM
1.      Penyokong kuat Nam semasa pentadbiran Tun Abd Razak
2.      Aktif dalam mesyuarat dan persidangan di Algeria, Colombo, Havana, New delhi dan Luanda.
3.      Tuan rumah persidangan pada 2003

D.          HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN BADAN ANTARABANGSA LAIN
1.      KUMPULAN LAPAN NEGARA MEMBANGUN (D8)
2.      KUMPULAN 15 (G15)
3.      KERJASAMA SELATAN – SELATAN (G77)
4.      HUBUNGAN UTARA – SELATAN (DIALOG UTARA – SELATAN)


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pengenalan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM
• untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
• untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
• untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
• untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini
• akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
• akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
• akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak
• akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
• akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,

Struktur Organisasi
Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:
• Perhimpunan Agung
• Majlis Keselamatan
• Majlis Ekonomi dan Sosial
• Majlis Peramanahan
• Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
• Sekretariat

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:
• Persidangan antarabangsa
• Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
• Kawalan dan pelucutan senjata
• Penjagaan keamanan
• Hak asasi manusia
• Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
• Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.

Senarai Badan PBB
Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :
• Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
• Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan
• Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
• Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
• Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
• Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
• Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
• Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
• Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
• Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
• Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
• Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Agensi-agensi sementara termasuk:
• Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
• Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi
• PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
• Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

No comments:

Post a Comment